Wednesday, July 3, 2013

BSN Catat 7.1 Juta Transaksi Melalui EBB

PUTRAJAYA, 2 Julai (Bernama) -- Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) mencatatkan 7.1 juta transaksi bernilai RM635 juta melalui ejen bank berdaftar (EBB)nya, setakat ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TransaksiEBBcecah7_1juta/Article/index_html
Published: July 03, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130703/ek_04/Transaksi-EBB-lepasi-RM635j
Published: July 03, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=960437
Published: July 03, 2013

Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maniung, berkata kira-kira 45,000 transaksi EBB bernilai RM4 juta dilaksanakan setiap hari.

Beliau berkata kebanyakan transaksi adalah bagi pembayaran bil yang berjumlah kira-kira RM450 juga sejak EBB dilancarkan pada Januari tahun lepas.

"Bagi pembayaran bil dengan menggunakan EBB, sebanyak 38,000 transaksi bernilai RM3 juta dilaksanakan setiap hari," katanya pada satu sidang berita selepas pelancaran Maraton Malam Putrajaya BSN 2013, oleh Timbalan Menteri Kewangan, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat.

Program EBB mempunyai ejen yang menawarkan perkhidmatan seperti deposit, pengeluaran tunai, pembayaran bil, pembelian eSSP (Sijil Simpanan Premium secara elektronik) dan pembayaran tanpa tunai.

Adinan berkata pada masa ini ada 4,100 EBB dan beliau yakin BSN akan mencapai sasarannya untuk melantik 5,000 ejen menjelang akhir tahun.

Sementara itu, kata beliau, BSN akan memperkenalkan perkhidmatan tambah nilai telefon melalui EBB dengan kerjasama Maxis, dan pelancarannya dijangkakan bulan ini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment