MADINAH, 21 Julai (Bernama) -- Bakal jemaah haji Malaysia terutama warga
emas diminta mematuhi garis panduan kesihatan dikeluarkan kerajaan Arab
Saudi bagi mengelak penyebaran Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus
Korona (MERS-CoV) ketika mereka menunaikan ibadah haji musim ini.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=964955
Published: July 21, 2013
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk
Ismee Ismail berkata Tabung Haji sentiasa memantau dan menapis bakal
jemaah bagi memastikan mereka benar-benar sihat untuk mengerjakan ibadat
haji.
Katanya semua jemaah haji Malaysia diwajibkan melalui proses pemeriksaan
kesihatan sebagaimana yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi.
"Musim haji ini manusia berjuta-juta...dari pelbagai negara. Tak tahu
apa (penyakit) yang mereka bawa. Cuaca mungkin agak panas, bila dah
ramai manusia jadi lebih panas. Petugas Tabung Haji sentiasa bersama
jemaah untuk pastikan kesihatan mereka," katanya kepada pemberita di
sini.
Katanya walaupun garis panduan telah dikeluarkan oleh kerajaan Arab
Saudi untuk semua negara, tetapi pelaksanaannya adalah bergantung kepada
negara-negara itu sendiri dan Tabung Haji sentiasa memastikan yang
terbaik untuk para jemaah.
"Ia hanya garis panduan am. Sebagai tuan rumah, adalah baik untuk adakan
langkah berjaga-jaga yang lebih ketat...terutama dengan adanya MERS,"
katanya.
Bagaimanapun, Ismee meminta jemaah Malaysia tidak perlu terlalu bimbang
dengan keadaan ini kerana kesihatan mereka akan sentiasa disaring oleh
petugas Tabung Haji.
Beliau turut menasihatkan bakal jemaah haji membuat persiapan fizikal
memandangkan ibadah haji merupakan satu ibadat yang melibatkan aktiviti
fizikal selain minum lebih banyak air kosong dan zam zam bila berada di
tanah suci.
MERS telah meragut 33 nyawa manakala 55 lagi jatuh sakit setelah
dijangkiti virus itu di Arab Saudi sejak September tahun lepas. Antara
gejala jangkitan MERS ialah demam panas, kesukaran bernafas, cirit birit
dan muntah-muntah.
Bagaimanapun, belum ada lagi kes tersebut dilaporkan di Malaysia.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment