Sunday, July 28, 2013

Lagi lelaki Saudi mati kerana MERS

Riyadh: Seorang lagi rakyat Saudi mati akibat virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS), sementara seorang lagi disahkan dijangkiti wabak itu.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/LagilelakiSaudimatikeranaMERS/Article/index_html
Published: July 29, 2013

ematian terbaru itu yang disahkan Kementerian Kesihatan negara itu semalam menjadikan jumlah mereka yang mati akibat MERS meningkat kepada 39 orang.

Mangsa terbaru itu meninggal dunia di Asir, barat daya Arab Saudi. Seorang lagi lelaki berusia 83 tahun di wilayah sama disahkan dijangkiti wabak berkenaan.

Arab Saudi menjadi negara paling teruk berdepan dengan MERS yang setakat ini sudah menyebabkan 46 kematian di seluruh dunia. Daripada 89 orang yang dijangkiti, 68 orang didaftarkan di Saudi.

Pakar masih berusaha untuk memahami wabak itu yang setakat ini masih belum ada ubat. Ia dianggap sama seperti virus Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS) yang merebak di Asia pada 2003 dan menjangkiti 8,273 orang, sembilan peratus daripada mereka mati. - Agensi

No comments:

Post a Comment