Sunday, July 21, 2013

6 lagi dijangkiti MERS

Geneva: Enam orang lagi, semuanya pekerja perubatan di Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) disahkan dijangkiti virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS). Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata semalam, empat pekerja perubatan di Abu Dhabi dijangkiti virus berkenaan daripada seorang pesakit.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/6lagidijangkitiMERS/Article/index_html
Published: July 21, 2013

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/global/enam-kes-baru-mers-di-uae-saudi-1.184636
Published: July 21, 2013

Di Arab Saudi, seorang kakitangan perubatan wanita berusia 42 tahun dan lelaki berusia 26 tahun yang berhubung secara langsung dengan pesakit MERS menunjukkan tanda-tanda awal dijangkiti penyakit itu.

Pengumuman itu dibuat ketika kebimbangan semakin meningkat mengenai merebaknya virus berkenaan yang setakat ini sudah meragut 45 nyawa daripada 88 pesakit yang disahkan menghidapnya.

Kebimbangan itu lebih dirasakan di Arab Saudi kerana kebanyakan kes berlaku di negara itu yang akan menyambut kedatangan jemaah haji tidak lama lagi.

Sabtu lalu, Arab Saudi yang mencatatkan 67 kes dengan 38 kematian menggesa jemaah berusia dan berpenyakit teruk dan kanak-kanak serta wanita mengandung, menunda ibadah itu. - AP

No comments:

Post a Comment