Thursday, July 25, 2013

Sistem pengawasan canggih pantau keselamatan jemaah

Jeddah: Kementerian Haji Saudi sudah memperkenalkan sistem pengawasan berteknologi tinggi untuk memantau dan seterusnya menghukum mereka yang melanggar undang-undang serta peraturan yang ditetapkan.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sistempengawasancanggihpantaukeselamatanjemaah/Article/index_html
Published: July 25, 2013

Menteri berkenaan Bandar Hajjar berkata, sistem canggih itu yang dipasang di lokasi jemaah membantu membuatkan jemaah merasakan keselamatan mereka sentiasa dijaga dengan baik.

Beliau juga memberitahu, sistem itu memainkan peranan penting dalam meningkatkan perkhidmatan yang ditawarkan kepada jemaah.

“Hasil daripada penggunaannya, jumlah mereka yang melanggar peraturan berkurangan pada musim umrah kali ini, berbanding dengan tahun sebelumnya,” kata menteri itu.

Bandar turut berkata, rancangan kementeriannya untuk musim umrah tahun ini berjalan dengan lancar, mengikut seperti yang dirancang, dengan sokongan pelbagai jabatan lain. - SG

No comments:

Post a Comment