Thursday, July 4, 2013

Lima Lelaki Didakwa Curi Mesin ATM BSN Bulan Lepas

KUANTAN, 3 Julai (Bernama) -- Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Rabu terhadap pertuduhan mencuri mesin ATM (mesin juruwang automatik) milik Bank Simpanan Nasional (BSN), bulan lepas.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130704/ma_04/Lima-lelaki-mengaku-tidak-bersalah-samun-mesin-ATM-BSN
Published: July 04, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=960673
Published: July 04, 2013

Iskandar Lai Loi Mee, 26, Mohd Syaifuddin Jusoh, 34, Hail Lekir Halmi, 29, Fairul Azman Ab Razak, 25, dan Jiva K Ramasamy, 22, didakwa melakukan jenayah itu di ATM BSN, Jalan Indera Mahkota 5, pada 3.31 pagi, 14 Jun lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara lapan tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Zahan Mohamad Ali membenarkan kelima-lima tertuduh, masing-masing diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Julai ini sebagai tarikh prabicara kes.

Sementara itu, Jiva juga mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan iaitu mencuri sebuah kereta di tepi jalan di hadapan sebuah rumah di No 5, Lorong 14/4, Indera Mahkota 14, pada 8.20 malam, 4 Jun lepas.

Pekerja kuari itu didakwa mengikut Seksyen 379A kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Noor Zahan membenarkan dia diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Julai ini untuk prabicara kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ungku Alfiati Zabedah Ungku Ismail.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment