Friday, July 5, 2013

SME Bank sasar tingkat pemasaran menjelang 2015

KUALA LUMPUR 4 Julai - Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd. (SME Bank) menyasarkan menguasai enam hingga tujuh peratus pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini pada 2015.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sme-bank-sasar-tingkat-pemasaran-menjelang-2015-1.179005
Published: July 05, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130705/ek_01/SME-Bank-sasar-kuasai-6-peratus--pasaran
Published: July 05, 2013


(Dari kiri) Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ahmad Husni Hanadzlah, 
Mohd. Razif Mohd. Yunus, Hamim Samuri dan Gumuri Hussain 
menunjukkan tanda bagus selepas majlis pelancaran logo baharu 
SME Bank di Kuala Lumpur. 

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Razif Mohd. Yunus berkata, ketika ini penguasaan bank itu adalah kira-kira empat peratus.

Bagi 2012, bank itu meluluskan pembiayaan bernilai RM2.9 bilion, iaitu peningkatan daripada RM1.7 bilion pada 2011.

Tambah Mohd. Razif, meskipun SME Bank hanya menguasai empat peratus pembiayaan kepada PKS, pihaknya kini menjalankan kajian sama ada pemberian pinjaman itu benar-benar diagihkan kepada sektor yang memerlukan atau perniagaan yang baru diterokai.

"Sektor ini kadangkala agak sukar mendapatkan bantuan kewangan daripada bank-bank komersial. Maka menjadi tanggungjawab SME Bank menyediakan pinjaman kepada mereka," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran logo baharu SME Bank di sini hari ini.

Pelancaran itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri, Pengerusi SME Bank, Datuk Gumuri Hussain dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah.

SME Bank menyasarkan untuk meningkatkan jumlah pembiayaan yang diluluskan sebanyak enam peratus pada tahun ini.

Bank itu mencatatkan keuntungan operasi berjumlah RM146 juta tahun lalu.

Bagaimanapun, menurut Mohd. Razif, pihaknya sukar meletakkan sebarang sasaran tahun ini memandangkan mereka perlu memenuhi keperluan industri berbanding hanya mencari keuntungan seperti bank-bank komersial.

No comments:

Post a Comment