Thursday, July 11, 2013

Tabung Haji Yakin Subsidi Untuk Jemaah Haji Terus Kekal

Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yakin pemberian subsidi kepada bakal jemaah haji akan diteruskan pada masa akan datang tetapi jumlahnya bergantung kepada keuntungan hasil pelaburan yang dibuatnya.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TabungHajiyakinsubsiditeruskekal/Article
Published: July 11, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130711/dn_04/Tabung-Haji-yakin-pemberian-subsidi-jemaah-haji-kekal
Published: July 11, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=962298
Published: July 11, 2013

Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tabung-haji-yakin-subsidi-jemaah-mampu-dikekalkan/
Published: July 11, 2013

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, berkata tahun ini, agensi itu memberi sejumlah RM5,575 subsidi kepada setiap jemaah haji bagi memastikan kos mengerjakan haji kekal sebanyak RM9,980.

Hasil pelaburan

Katanya, hasil pelaburan bergantung kepada perancangan efektif dan sistematik pengurusan Tabung Haji yang perlu seiring dengan kestabilan ekonomi negara bagi menggalakkan lebih banyak perniagaan dan pelaburan.

Tabung Haji kena berjaya supaya ia mampu menanggung subsidi, kalau tidak berjaya, jangankan subsidi, nak bayar dividen pun tidak boleh.

Kejayaan itu timbul daripada suasana ekonomi yang menggalakkan perniagaan dan kebanyakan pelaburan Tabung Haji dilakukan di Malaysia, katanya kepada BERNAMA semalam.

Ismee berkata subsidi yang ditanggung Tabung Haji adalah satu pertiga daripada kos sebenar mengerjakan haji iaitu kira-kira RM15,000.

Kos haji hanya sekali dinaikkan iaitu pada 2008 daripada RM8,973 kepada RM9,980 berikutan banyak pembangunan dilakukan kerajaan Arab Saudi untuk keselesaan jemaah haji.

No comments:

Post a Comment