Thursday, July 4, 2013

Tiada Halangan Tunai Umrah Semasa Ramadan - Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Tiada halangan bagi rakyat Malaysia untuk menunaikan umrah semasa Ramadan walaupun virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) dilaporkan menular di Arab Saudi.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=960709
Published: July 04, 2013

Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tidak timbul isu sekatan bagi jemaah umrah akibat penularan virus itu.

"Tidak timbul isu sekatan, cuma visa sekarang ini diperketatkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi memberi laluan pembinaan semula kawasan Tawaf di Masjidil Haram ketika ini," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Kompleks Darul Kifayah di sini, Rabu.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Zainal Abidin Jaffar.

MERS dilaporkan meragut 33 nyawa di Arab Saudi sejak September lepas selain menyebabkan 55 lagi jatuh sakit setakat ini.

Jamil Khir berkata pada masa ini, tempoh sah visa umrah dipendekkan kepada 15 hari berbanding 30 hari sebelum ini bagi memberi laluan kepada projek pembesaran Masjidil Haram demi keselesaan jemaah.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak akan berkompromi dalam hal ehwal kesihatan para jemaah di mana mereka wajib melepasi pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan mengerjakan umrah atau haji.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment