MEKAH 26 Julai - Jabatan Polis Penerbangan di Kementerian Dalam Negeri di Mekah melaksanakan program tinjauan udara bagi mengesan dan melaporkan isu keselamatan serta trafik di kota suci ini sempena bulan Ramadan.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130727/lu_05/Polis-tinjau-trafik-di-Mekah-melalui-udara
Published: July 28, 2013
Aspek keselamatan dan kelancaran trafik di Mekah, dipantau menerusi program tinjauan udara sepanjang Ramadan. - AGENSI
Tinjauan menggunakan pesawat S92 yang melakukan penerbangan dari
ketinggian 762 meter di udara dan laporan tentang masalah trafik serta
keselamatan akan dihantar dengan segera kepada pihak berkuasa berkaitan.
Komander jabatan itu, Mejar Jeneral Mohamed Al-Harbi berkata, anggota
yang terlibat dalam program tinjauan udara kali ini juga lebih banyak
berbanding Ramadan sebelum ini.
Katanya, 250 anggota terlibat dalam pelan keselamatan itu dengan
lapan pesawat telah ditempatkan di Mekah dan yang lainnya diletakkan
dalam keadaan siap siaga di pangkalan masing-masing.
Menurut Harbi, tugas anggota peninjau itu tahun ini termasuklah
menyediakan bantuan kemanusiaan, menjalankan operasi keselamatan dan
memberi sokongan logistik kepada agensi kerajaan.
Pasukan itu turut bertanggungjawab mengendalikan kemalangan jalan
raya, mengadakan latihan juruterbang dan memantau semua jalan raya di
Mekah serta Madinah, selain laluan masuk ke dua-dua kota suci itu. -
AGENSI
No comments:
Post a Comment