KOTA KINABALU, 24 Julai (Bernama)-- Bank Rakyat, menerusi imejnya
sebagai "Bank Pilihan Anda", menyemarakkan lagi sambutan Ramadan dengan
mengagihkan zakat perniagaan berjumlah RM220,200 menerusi program
tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=965745
Published: July 25, 2013
Ketua Wilayah Sabah Zainal Amini Sulaiman berkata 2,202 pelajar miskin
di 24 sekolah rendah dan menengah di negeri ini menerima manfaat hasil
keuntungan perniagaan Bank Rakyat sehingga Mac 2013.
Secara keseluruhannya, Bank Rakyat merekodkan keuntungan sebelum cukai
dan zakat berjumlah RM2.11 bilion berakhir Disember tahun lepas.
"Pencapaian ini merupakan peningkatan sebanyak 4.7 peratus atau 94.9
juta berbanding RM2.02 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas,"
katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Zakat
Perniagaan Bank Rakyat Wilayah Sabah di Kompleks Tabung Haji, di sini
malam tadi.
Turut hadir Pengarah Pelajaran Negeri Sabah Jame Alip.
Zainal berkata Bank Rakyat sentiasa prihatin dalam melaksanakan program
CSR, terutama program kebajikan, dan antara tumpuannya ialah kepada
golongan asnaf bagi meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.
"Program ini adalah selari dengan aspirasi kerajaan yang menggalakkan
badan korporat mendekatkan diri dengan masyarakat bagi mewujudkan
komuniti prihatin dan penyayang," katanya.
Zainal berkata pengagihan itu lebih besar berikutan beberapa cawangan
Bank Rakyat seperti di bahagian Pantai Timur, turut menyumbang untuk
tujuan murni ini.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment