Thursday, July 11, 2013

Lembaga Tabung Haji Rancang Ceburi Sektor Pemakanan

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji, yang terlibat dengan sektor perindustrian, perkhidmatan, perladangan, perbankan serta pemilikan hartanah, merancang menceburi sektor pemakanan sebagai strategi dalam mengembangkan perniagaannya.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TabungHajikajisektormakanan/Article
Published: July 11, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TabungHajiceburisektorpemakanan/Article/index_html
Published: July 11, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130711/ko_02/TH-kaji-ceburi-sektor-pemakanan
Published: July 11, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=962285
Published: July 11, 2013




Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Paduka Ismee Ismail menjangkakan perancangan tersebut, yang sedang di peringkat kajian, dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Tabung Haji perlu melakukan kajian terlebih dahulu bagi memastikan peluang yang sedia ada. Ia kemungkinan dilakukan di segi penjualan makanan atau pun jaringan pengedaran. Ini semua perlu dikaji."

"Kami sedang mengkaji cara terbaik untuk menembusi pasaran dengan cara yang besar kerana potensi yang terdapat di dalamnya juga sangat besar," katanya kepada Bernama Rabu Ismee yakin jenama Tabung Haji itu sendiri sudah dapat memberi keyakinan kepada para pembeli di pasaran bagi mendapatkan produk berstatus halal.

Pengurus dana bagi masyarakat Islam Malaysia untuk mengerjakan haji di Mekah itu turut mempertimbangkan untuk membeli saham syarikat Bumiputera yang terlibat dalam bidang pemakanan dan tersenarai dalam Bursa Malaysia.

"Kami mencari syarikat Bumiputera kecil yang mempunyai produk baik tetapi tiada kemampuan dalam pemasaran untuk memperkembangkan perniagaan," katanya, sambil menyatakan bahawa Jabatan Pelaburan Tabung Haji sedang memantau beberapa syarikat Bumiputera yang berpotensi untuk dibantu.

Selain itu, beliau berkata, antara sektor bukan tradisi lain yang turut menarik minat Tabung Haji adalah minyak dan gas, perubatan, serta pendidikan.

Lembaga Tabung Haji, yang menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50 tahun ini, adalah sebuah badan berkanun yang diperbadankan di bawah Akta Lembaga Tabung Haji, 1995 (Akta 535).

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment