Sunday, July 28, 2013

BSN Laksana Pendekatan Transformasi Perkhidmatan Melalui EBB

PONTIAN, 28 Julai (Bernama) -- Pendekatan transformasi yang dijalankan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan memberikan tumpuan kepada tanggungjawab perkhidmatan melalui 4,209 Ejen Bank Berdaftar (EBB) di seluruh negara berjaya meletakkan bank itu seiring dengan insitusi kewangan lain di negara ini.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130729/ko_02/Transformasi-BSN-melalui-EBB
Published: July 29, 2013

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TransformasiBSNtingkatperkhidmatan/Article
Published: July 29, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=966570
Published: July 28, 2013


Ahmad Maslan merangkap Anggota Parlimen Pontian menandatangani plak 
sambil diperhatikan Abu Bakar Abdullah (kiri) pada majlis perasmian cawangan 
perbankan Islam BSN Benut di Pontian,

Pengerusinya Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, dengan perkhidmatan penuh yang ditawarkan menerusi talian perkhidmatan EBB ini, BSN tidak lagi perlu menumpukan kepada pembukaan cawangan baru bank itu di seluruh negeri.

"Kita juga mempunyai rancangan masa hadapan memberikan perhatian kepada perkhidmatan dalam talian dan perkhidmatan ini dapat dilakukan menerusi EBB yang sekaligus menjadikan bank ini lebih dekat kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian cawangan ke-399 BSN di Benut dekat sini yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan petang Sabtu.

Bank itu merupakan cawangan perbankan Islam yang ke-82 BSN dan merupakan bank yang pertama di kawasan berkenaan.

Sebelum itu dalam ucapannya Abu Bakar berkata BSN kini mempunyai lebih lapan juta pelanggan di seluruh negara dengan simpanan runcit yang berjumlah RM12.2 bilion.

Pada tahun lepas sahaja katanya, BSN mencatatkan peningkatan jumlah simpanan sebanyak 13.3 peratus iaitu RM22.2 bilion dan peningkatan simpanan runcit sebanyak 10.3 peratus atau RM1.08 juta.

Sementara itu, katanya menerusi cawangan baru ini, lebih 80 peratus penduduk di mukim berkenaan dijangka menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh bank itu seperti simpanan, ATM, mesin wang deposit, kad kredit dan pinjaman.

Di Johor setakat ini terdapat 45 cawangan BSN dengan satu cawangan utama, dua cawangan penuh, tujuh cawangan zon dan 35 buah cawangan mini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment