Friday, July 12, 2013

Simpanan SSP capai RM2.1b - BSN

Petaling Jaya: Bank Simpanan Nasional (BSN) yakin dapat mencapai peningkatan jumlah Sijil Simpanan Premium (SSP) RM500 juta bagi tahun ini terutama menerusi kempen yang dijalankan sepanjang 2013.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SimpananSSPcapaiRM2_1b/Article
Published: July 12, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TingkatRM500juta/Article/index_html
Published: July 12, 2013

Foto
MOHD Sofi (dua dari kanan) menyampaikan replika kunci kepada 
Abdullah pada majlis penyampaian hadiah

Naib Presiden Kanannya Mohd Sofi Mat Jahaya berkata, sehingga sekarang jumlah dalam SSP mencapai RM2.1 bilion sejak diperkenalkan pada 1978 dengan jumlah pelanggan seramai 1.8 juta orang.

Katanya, sambutan diterima daripada orang ramai terhadap SSP juga semakin meningkat terutama sejak BSN meningkatkan jumlah cabutan hadiah termasuk wang bernilai RM1 juta untuk dimenangi.

“Selain menawarkan hadiah berupa kereta berjenama mewah, tahun ini pertama kali kami memberikan hadiah istimewa RM1 juta kepada pemegang SSP bertuah yang dipilih melalui cabutan perdana yang dilaksanakan pada hujung tahun ini.

“Kami akan terus menyediakan hadiah menarik untuk dimenangi pemegang SSP dan ia dijangka meningkat setiap tahun serta dipelbagaikan supaya dapat menarik lebih ramai masyarakat untuk menabung menerusi SSP,” katanya kepada Bisnes Metro selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang utama bulanan di sini, semalam.

Menurutnya, setiap bulan cabutan dijalankan untuk mencari pemenang hadiah utama dan bagi bulan Jun menyaksikan seorang penoreh getah, Abdullah Wahab berjaya membawa pulang kereta mewah BMW520i manakala pemenang di tempat kedua dan ketiga pula memenangi kereta Perodua MyVi 1.5 dan baucar barang kemas bernilai RM5,000.

Mohd Sofi berkata, SSP produk simpanan patuh syariah menggunakan konsep Mudaharabah iaitu perkongsian keuntungan dan secara keseluruhannya, BSN menawarkan lebih 44,500 hadiah dengan nilai RM16 juta untuk tahun ini.

Beliau berkata, BSN turut menawarkan dividen melalui SSP Edisi Khas dengan kadar keuntungan indikatif sehingga 2.42 peratus dalam tempoh masa ditetapkan.

No comments:

Post a Comment