Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ElakjemaahhajidijangkitiMERS-CoV/Article
Published: July 22, 2013
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, berkata Tabung Haji sentiasa memantau dan menapis bakal jemaah bagi memastikan mereka benar-benar sihat untuk mengerjakan ibadat haji.
“Musim haji ni manusia berjuta-juta... dari pelbagai negara. Tak tahu apa (penyakit) yang mereka bawa. Cuaca mungkin agak panas, bila dah ramai manusia jadi lebih panas. Petugas Tabung Haji sentiasa bersama jemaah untuk pastikan kesihatan mereka,” katanya kepada pemberita di sini.
Ismee berkata, walaupun garis panduan sudah dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk semua negara, tetapi pelaksanaannya adalah bergantung kepada negara itu sendiri dan Tabung Haji sentiasa memastikan yang terbaik untuk jemaah.
Hanya garis panduan am
“Ia hanya garis panduan am. Sebagai tuan rumah, adalah baik untuk adakan langkah berjaga-jaga yang lebih ketat... terutama dengan adanya MERS,” katanya.
Bagaimanapun, Ismee meminta jemaah Malaysia tidak terlalu bimbang dengan keadaan ini kerana kesihatan mereka akan sentiasa disaring oleh petugas Tabung Haji.
Beliau turut menasihatkan bakal jemaah haji membuat persiapan fizikal memandangkan ibadah haji adalah satu ibadat yang membabitkan aktiviti fizikal, selain minum lebih banyak air kosong dan zam zam bila berada di tanah suci.
MERS sudah meragut 33 nyawa manakala 55 lagi jatuh sakit dijangkiti virus itu di Arab Saudi sejak September tahun lalu. Antara gejala jangkitan MERS ialah demam panas, kesukaran bernafas, cirit birit dan muntah.
Bagaimanapun, belum ada lagi kes itu dilaporkan di Malaysia. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment