INTEL Malaysia dan SME Bank menandatangani perjanjian persefahaman (MoU)
untuk penyediaan dua program latihan, Intel Belajar Langkah Mudah dan
Intel Asas Keusahawanan (E-Asas) untuk SME Bank bagi melengkapkan
latihan komuniti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sedia ada dan
program pembangunan.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/intel-sme-tandatangani-mou-1.186410
Published: July 26, 2013
Dari kiri: Pengarah Cedar, Dr Sheikh Ghazali Sheikh Abod; Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus; Pengerusi SME Bank, Datuk Gumuri Hussain; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengarah Urusan Intel Asia Tenggara, Uday Marty dan Prakash Mallya.
Latihan dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam kursus latihan SME Bank
dan akan dijalankan oleh Pusat Pembangunan Usahawan dan Penyelidikan
(CEDAR) dalam usaha untuk melengkapkan pemilik PKS dan usahawan muda
berkaitan ICT dan kemahiran keusahawanan.
Kursus yang ditawarkan sebagai prasyarat untuk pemilik PKS berpotensi
atau usahawan yang berminat untuk mengambil kesempatan daripada pinjaman
yang ditawarkan oleh SME Bank di bawah Dana Skim Pembangunan PKS.
No comments:
Post a Comment