Wednesday, July 3, 2013

EXIM Bank Diiktiraf Antara Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah dipilih antara penerima untuk anugerah 'Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Di Malaysia 2013" oleh majalah by HR Asia.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/21syarikatterbaikuntukmulakerjaya/Article
Published: July 03, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=960480
Published: July 03, 2013


Timbalan Presiden Pengurusan Modal Insan, Nor Aidah Mokhtar dan 
Ketua Pegawai Operasi EXIM Bank, Wan Zalizan Wan Jusoh menerima 
anugerah. foto: Ehsan Exim Bank 


Ketua Pegawai Operasi EXIM Bank, Wan Zalizan Wan Jusoh bank telah dipuji kerana persekitaran kerjanya yang positif daripada kalangan 200 syarikat yang menyertai untuk anugerah itu tahun ini.

"Kami amat berbangga dan teruja kerana anugerah ini. Ia adalah bukti kepada usaha berterusan pekerja kami untuk menjadikan EXIM Bank antara syarikat terbaik di Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan.

Selain daripada EXIM Bank, sejumlah 20 syarikat telah menerima anugerah itu tahun ini termasuk CIMB Group, RHB Banking Group, Air Asia dan Malakoff.

Kajian untuk Syarikat Tempat untuk Bekerja Terbaik di Malaysia 2013 ialah untuk mengenal pasti dan mengiktiraf majikan terbaik menerusi maklum balas tanpa menyatakan nama dan berkongi dalam Kaji Selidik Input Pekerja dan Kaji Selidik Penglibatan Tempat Kerja dan Pekerja.

Para pekerja akan melengkapkan borang soal selidik, memberikan rating kepada majikan untuk hampir 30 elemen meliputi penglibatan, motivasi, keseimbangan kehidupan kerja dan kerja berpasukan di tempat kerja.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment