Wednesday, July 17, 2013

Syarikat haji makin tamak

Makkah: Keputusan kerajaan Saudi untuk mengurangkan jumlah jemaah haji asing dan tempatan akan menyebabkan kos mengerjakan ibadah itu meningkat sebanyak lebih 35 peratus.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Syarikathajimakintamak/Article/index_html
Published: July 17, 2013

Anggota jawatankuasa Haji dan Umrah Dewan Perdagangan dan Perindustrian Makkah Saad Al-Qurashi berkata, kenaikan kos itu ialah untuk menampung pengurangan jumlah jemaah haji. Katanya, syarikat haji juga mengalami kerugian kerana jumlah jemaah umrah dikurangkan kepada 50 peratus dan penurunan itu berterusan selama tiga tahun. “Kami sudah berdepan dengan jumlah jemaah umrah yang terhad untuk Ramadan ini yang akan menyaksikan pengurangan sebanyak 50 peratus. Kerana itu syarikat haji dan umrah berusaha mencari jalan bagi mengimbangi pengurangan jemaah dan kos menunaikan haji,” Saad.

Beliau juga memberitahu, kebanyakan syarikat haji dn umrah akan menyusun semula organisasi masing-masing untuk mengendalikan jemaah dalam bilangan yang lebih kecil.
Kerajaan Saudi baru-baru ini mengumumkan akan mengurangkan kedatangan jemaah asing sebanyak 20 peratus dan tempatan 50 peratus kerana kerja-kerja pembesaran Masjidil Haram. Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh menyokong langkah itu dengan alasan ia mengambil kira kepentingan jemaah.

Pada 2012, syarikat haji tempatan meningkatkan yuran perkhidmatan mereka sebanyak 30 peratus, kononnya untuk membiayai gaji pekerja tambahan bagi mempercepatkan urusan menyambut ketibaan jemaah. Satu lagi alasan ialah kenaikan harga daging dan barangan lain.

“Pengurangan jumlah jemaah sepatutnya mengurangkan harga kerana permintaan yang rendah. Syarikat haji dan umrah tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan kos perkhidmatan mereka,” kata pakar ekonomi Fadal Abu Ainain. - Agensi

No comments:

Post a Comment