Sunday, July 28, 2013

Jemaah perlu jumpa doktor

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menyarankan jemaah Haji tahun ini mendapatkan nasihat doktor mengenai risiko jangkitan Sindrom Pernafasan Asia Barat-Coronavirus (MERS-CoV) kerana Arab Saudi mencatat kadar tertinggi kes itu.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jemaahperlujumpadoktor/Article/
Published: July 28, 2013

Jemaah perlu jumpa doktor
Seorang lelaki membaca al-Quran di masjid Al-Rajhi, timur Riyadh, ketika musim Haji menjelang.

WHO beri panduan musim Haji hadapi MERS-CoV

Meskipun risiko jangkitan 'rendah,' WHO memberi nasihat itu terutama kepada jemaah yang ada masalah perubatan kronik sebelum berlepas ke Arab Saudi.
Pada masa sama, garis panduan WHO itu tidak mencadangkan sebarang sekatan perjalanan atau pemeriksaan di sempadan terhadap jemaah.

Sebaliknya, ia menyarankan supaya jemaah meningkatkan kesedaran mengenai jangkitan itu selain mengambil langkah keselamatan mengelak daripada dijangkiti.

Panduan jemaah

“Negara mesti nasihatkan jemaah supaya menemui doktor jika ada masalah kesihatan termasuk kencing manis, penyakit kronik paru-paru dan sebarang kemungkinan lain termasuk jangkitan MERS-CoV.”

WHO juga meminta kerajaan memberi panduan kepada jemaah mengenai cara membasuh tangan, memastikan makanan selamat dan kebersihan diri selain mengelak menyentuh haiwan.
Arab Saudi juga mengumumkan satu lagi kes MERS-CoV dan kematian seorang pesakit kerana jangkitan berkenaan, menurut papan notis penyakit berjangkit di agensi kerajaan.

Kes baru membabitkan seorang lelaki berusia 83 tahun dari wilayah Asir, barat daya Arab Saudi.

Jika disahkan, kes dan kematian terbaru menjadikan 71 kes di Arab Saudi dengan 39 kematian.

Musim Umrah tahun ini dijadualkan pada 9 Julai hingga 7 Ogos manakala Haji pada 13 hingga 18 Oktober. - AGENSI

No comments:

Post a Comment